‘Hadiah hari jadi mama.’ Raja Azura syukur anak bongsu rangkul 4 anugerah, warisi bakat seni bonda

24 Aug 2023 • 10:33 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON dan pengacara popular, Raja Azura menerima hadiah yang paling bermakna apabila anak bongsunya merangkul empat anugerah akademik dan ko-kurikulum.

Lebih mesra disapa Kak Engku, beliau yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-51, 18 Ogos lalu terharu menyaksikan Puteri Mia Maizura, 18, mencatat pencapaian yang membanggakan.

Raja Azura berkongsi video memaparkan anak bongsunya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Seni Kuala Lumpur menaiki pentas menerima trofi anugerah kecemerlangan dalam pelbagai lapangan.

image is not available

“Syukur Alhamdullilah congrats Puteri Mia Maizura

“Terima kasih, hadiah hari jadi mama 18 Ogos 2023.

“Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM 2022, Anugerah Ikon Kokurikulum (Perempuan), Anugerah Tokoh Bidang Teater dan Anugerah Tokoh Murid 2022,” titipnya.

13 tahun bergelar ibu tunggal kepada tiga anak remaja tidak mudah, bekas penyampai radio Sinar FM itu mengakui tanggungjawab yang dipikul tidak mudah.

Namun tiga permata hatinya itulah yang menjadi sumber kekuatan.

image is not available

“Being a single mom and raised for three children’s tidak semudah yang dilihat.

“Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada anak-anak dan mereka juga adalah nadi kekuatan dalam diri.

“Semoga ibu-ibu diluar sana terus kuat dan berjaya mendidik anak anak,” kongsinya.

Mewarisi darah seni yang mengalir daripada ibunya, Puteri Mia Maizura atau Mia bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Diploma Teater.

image is not available

“Mia mempunyai minat yang sama seperti saya. Dia suka berlakon teater hingga pernah mewakili Malaysia dan meraih pelbagai anugerah,” katanya kepada portal berita.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengungkapkan rasa lega dikurniakan anak-anak yang meletakkan pendidikan sebagai keutamaan.

“Alhamdulillah, saya dikurniakan anak-anak yang mementingkan pelajaran selain aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum,” ujarnya

Dalam hantaran di Instagram, beliau turut menitipkan penghargaan buat warga pendidik termasuk guru Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur dan semua ahli keluarga, rakan-rakan yang mendoakan.

Selain Puteri Mia Maizura, Raja Azura turut memiliki dua anak lelaki iaitu Megat Muhammad Raziq, 20, dan Megat Luqman Hakim, 21.

Beliau berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Bin Haji Aroff namun berpisah pada 2010.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!