Hadiah Paling ‘Rare’! Cikgu Teruja Dapat Ikan Segar Dari Murid Sempena Hari Guru

LocalLifestyle
16 May 2025 • 5:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Cikgu Teruja Dapat Ikan

Pastinya cikgu teruja dapat ikan segar sebagai hadiah sempena hari guru daripada murid memandangkan ia jarang terjadi.

Cikgu teruja dapat ikan sempena hari guru

Menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok dikenali sebagai Jamaludin, anaknya telah membawa ikan bersaiz besar kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman bersempena hari guru yang jatuh pada hari ini.

image is not available

Cikgu teruja dapat ikan daripada murid

Dapat dilihat anaknya memegang ikan segar dan menyerahkan sendiri ke tangan gurunya di sekolah.

Dalam hantaran tersebut, Jamaludin sempat berseloroh mengatakan guru-guru boleh memasak juadah ikan tiga rasa pada malam ini selepas meneria ikan segar daripada anak-anaknya.

image is not available

Bapa ucap terima kasih kerana didik anak di sekolah

Di kesempatan itu juga, pengguna TikTok sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru di sekolah anak-anaknya kerana cekal mengajar dan mendidik mereka.

“Terima kasih cikgu-cikgu sekolah kebangsaan Tekek Pulau Tioman, mengajar dan mendidik anak-anak.

“Selamat Hari Guru,” tulisnya.

Memang seronok hadiah murid2 di pedalaman

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat hadiah yang diberi kepada guru-guru yang mengajar anaknya.

Rata-rata mengatakah hadiah tersebut sesuatu yang cukup ‘rare’ dan pastinya sangat bermanfaat kerana boleh menjadi lauk hidangan buat guru serta keluarga ataupun rakan-rakan di rumah.

image is not available

Seronok cikgu dapat ikan besar

image is not available

Ni pergi kantin minta masakkan ikan 3 rasa terus

image is not available

 

Kalau pergi pasar harga ratus juga ni

image is not available

Apa-apa pun, selamat hari guru buat semua pendidik yang telah bersusah payah mengajar anak bangsa dan terima kasih kerana mencurahkan bakti dengan ikhlas walau di mana pun berada.

Sumber: TikTok scubanaut16

View Original Article