Hadiahkan Basikal Buat ‘Panda Walker’, Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen

7 Feb 2023 • 4:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penghantar Makanan sebak terima hadiah basikal

Hadiahkan Basikal Buat ‘Panda Walker’, Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen. Secara umumnya, pekerjaan seorang Panda Walker adalah sama dengan penghantar makanan biasa, tetapi mereka menghantar makanan dengan berjalan kaki atau menggunakan basikal dan jarak penghantaran lebih dekat berbanding dengan penghantar yang menggunakan motosikal.

Baru-baru ini seorang lelaki yang bekerja sebagai Panda Walker telah menarik perhatian netizen apabila videonya menerima hadiah sebuah basikal dari seorang lelaki dermawan tular di aplikasi Tiktok baru-baru ini.

image is not available
Hadiahkan Basikal Buat ‘Panda Walker’, Tiktoker Dermawan Dari Sabah Ini Terima Pujian Netizen. Kredit: Adrian Ady

Menerusi sebuah video dimuatnaik oleh pempengaruh TikTok dari Sabah, Adrian Edy, pemuda berkenaan dilihat begitu gembira apabila menerima hadiah berkenaan.

Terima kejutan daripada Adrian Ady

Dalam video yang berdurasi 2 minit 38 saat itu, Adrian telah bertemu dengan Mohd Khairudin atau lebih mesra disapa sebagai Abang Khai.

Tidak lama kemudian, Tiktoker tersebut meminta Abang Khai untuk membuka bungkusan kanvas yang membaluti hadiah tersebut.

Seusai membuka bungkusan tersebut, Abang Khai terkejut apabila mendapati sebuah basikal berwarna putih serba baharu di sebaliknya.

image is not available

Bukan itu sahaja, basikal tersebut turut dilengkapi dengan pemegang telefon pintar, bersesuaian dengan pekerjaan Abang Khai yang bekerja sebagai penghantar makanan yang perlu melihat navigasi pada aplikasi tersebut setiap masa.

Selepas memberikan kejutan kepada Abang Khai, Adrian sempat bertanya beberapa soalan mengenai kehidupan Panda Walker itu.

Memang berniat beli basikal pada awalnya tapi simpanan masih belum mencukupi

Abang Khai berusia 23 tahun berasal dari Semporna dan beliau sering mengirimkan wang kepada ibunya setiap minggu.

Abang Khai bekerja sebagai Panda Walker secara sepenuh masa dan sering keluar mencari rezeki bermula dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam, adakalanya hingga 10.00 malam.

image is not available

Sebelum mendapat basikal tersebut, beliau memang berniat untuk membelinya namun wang simpanannya masih tidak mencukupi.

Ketika berborak, Abang Khai kelihatan sebak apabila Adrian mula menyebut mengenai ayahnya yang sudah pun meninggal dunia ketika dirinya masih kecil lagi, dalam lingkungan 12 tahun.

Pada akhir video tersebut, pempengaruh asal Sabah tersebut sempat menghulurkan beberapa jumlah wang kepada Abang Khai untuk membayar komitmen hidupnya seperti sewa rumah, bil dan sebagainya.

Sifat murah hati Adrian telah membuatkan Abang Khai menitiskan air mata dan mereka berpelukan sesama sendiri pada hujung video.

Baca lagi artikel menarik di sini: