Hadiahkan Sejambak Bunga, Netizen Gembira Fattah Upload Foto Amira Othman Di IG, Siap Usik - “Kenapa Kawan Sekerja Saya Tak Pernah Pun Post Macam Ni”

17 Jun 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto penyanyi, Amira Othman di akaun Instagram miliknya.

 

Amira senyum dapat bunga

Apa yang menjadi perbualan netizen adalah foto itu merakamkan wajah Amira yang berehat di atas katil hospital sedang tersenyum sambil memegang jambangan bunga.

Malah kapsyen yang ditulis Fattah juga turut menjadi tanda tanya netizen.

“Get well soon teman sekerja @amiraaothman,” tulisnya ringkas.

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

 

 

 

 

 


Disebabkan itu juga, ruangan komen foto berkenaan dihujani dengan komen komen positif netizen yang mendoakan Fattah dan Amira supaya berjodoh.

Tidak kurang juga ada yang mula memberikan kata-kata usikan kepada pasangan yang digelar ‘abang long’ dan ‘kak long’ ini.
image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, timbul dakwaan sebelum ini mengenai Fattah dan Amira bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Lebih menguatkan spekulasi itu apabila mereka berdua dilihat kerap berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak.