
Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan pelbagai barangan mewah, termasuk sebuah kereta Toyota Vellfire. Menerusi video yang dikongsi, Farhana Zahra di TikTok dan meraih lebih sejuta tontonan, memaparkan majlis mewah bertemakan warna merah jambu dan tetamu berpakaian serba hitam. Antara hadiah diterima termasuk komputer Apple, jam tangan Rolex dan kejutan utama, kereta Vellfire. Menurut Farhana Zahra, dia sengaja berlakon seperti lupa hari lahir anaknya, Yaya, untuk memberikan kejutan yang dirancang lebih awal. Farhana mengakui dia sering memenuhi keinginan anaknya hampir setiap hari, hingga membuatkan dia buntu untuk memilih hadiah yang sesuai. Walaupun kos sambutan itu mencecah RM1 juta, Farhana menegaskan apa yang paling penting adalah melihat kegembiraan dan kepuasan anaknya pada hari istimewa tersebut. Artikel lain: Hadiah Paling ‘Rare’! Cikgu Teruja Dapat Ikan Segar Dari Murid Sempena Hari Guru Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah memberikan respon seakan kurang senang melihatnya terlalu menunjukkan kekayaan termasuk memberikan hadiah kepada anak dibawah umur. Mereka juga berharap agar anak-anak mereka tidak melihat video tersebut kerana enggan diminta sesuatu yang diluar kemampuan keluarga masing-masing. Mungkin rezeki buat anak-anak usahawan ini mempunyai ibu bapa yang tidak lokek memewahkan keluarga termasuklah memberikan hadiah berharga diusia yang cukup muda. Sumber: TikTok farhanazahra91
Usahawan habiskan RM1 juta untuk hari lahir anak

Usahawan habiskan RM1 juta, rancang macam-macam buat anak
“Mama sengaja buat-buat lupa masa hari jadi dia sebab mama dah plan nak buat semua ni.”
Masa birthday dia, dua kali dia datang dan tunggu mama wish, tapi mama buat tak tahu saja, sorry sayang,” tulisnya.
Buat-buat lupa hari jadi anak untuk lakukan kejutan
“Semua keinginan Yaya mama dah penuhi hampir setiap hari. Jadi bila tiba hari jadi, saya dah tak tahu nak bagi apa,”
Maafkan mama… Ni je yang mama mampu bagi untuk anak mama. RM1 juta sahaja mama habiskan untuk sambutan hari jadi kali ni.”

Jangan mewahkan anak sangat-sangat

Tapi anak belum boleh bawa kereta kan

Boleh tahan riaknya

The post Hadiahkan Velfire, Usahawan Habiskan RM1 Juta Untuk ‘Birthday’ Anak Usia 11 Tahun appeared first on Borak Daily.





