Hadir Bantu Ringankan Beban, Mangsa Letupan Gas Putra Heights Sebak Peluk Mekyun - “Mungkin Apa Yang Saya Bagi Ni Tak Boleh Ganti…”

3 Apr 2025 • 10:10 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Mekyun mengambil inisiatif dengan membantu meringankan beban mangsa kejadian paip gas bocor yang menggemparkan Malaysia baru-baru ini.
 

Mekyun turun padang

 


Menerusi perkongsian di Instagram, Mekyun hadir di pusat perlindungan sementara bagi melihat sendiri keadaan mangsa yang terlibat.


 


Malah menerusi video yang dikongsi di Instagram, Mekyun juga turut menyumbangkan barang keperluan termasuk barangan permainan untuk anak-anak yang ditempatkan di Masjid Putra Heights.


 


“Mekyun datang sendiri melihat keadaan mangsa kebakaran di Putra Heights.


 

“Kalau ada sesiapa yang ingin membantu, anda semua boleh datang ke sini. Setiap pertolongan, walau sekecil mana pun, boleh memberikan perbezaan besar dalam hidup mereka. Hari ini mereka diuji, esok mungkin hari kita. Paling penting, kita jaga kita,” coretnya.


Sebak lihat keadaan mangsa

 


Dalam pada itu, Mekyun juga berada sebak melihat keadaan mangsa yang ditempatkan di pusat perlindungan tersebut.


 

“Mekyun rasa sedih sebab saya tahu mungkin apa yang yang saya bagi ini tak boleh ganti dengan apa yang hilang.
 
“Tapi saya harap sangat dapat membantu meringankan beban mereka di sini,” ujarnya.

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Mekyun (@mekyunn)


Untuk makluman, seramai 390 orang mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara akibat kejadian ini.


 


Terdahulu, insiden kebakaran besar yang berlaku pada 8.10 pagi Selasa itu meninggalkan kesan yang ketara dengan membentuk sebuah kawah sedalam 32 kaki melibatkan keluasan kira-kira 70x80 kaki.


 


Kebakaran itu turut mengakibatkan api menjulang tinggi, selain menghasilkan bahang panas serta debu yang memusnahkan deretan kediaman serta harta benda termasuk kenderaan dalam radius 500 meter dari lokasi kejadian.