Hadir berbaju PN di penamaan calon, Albert Tei gelar penyokong PH ‘anjing’ -“Betul, saya sebut”

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 5:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suasana hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Dewan Besar Kuala Klawang, Jelebu bertukar hangat apabila tular rakaman video memaparkan ahli perniagaan Albert Tei menggelarkan sekumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) sebagai “anjing menyalak”.

Dakwa penyokong PH buat provokasi

Dalam video berdurasi 25 saat itu, Tei yang memakai baju Perikatan Nasional (PN) dilihat menunjuk ke arah penyokong PH sambil mengeluarkan kenyataan tersebut, sebelum disambut gelak ketawa dan sorakan yang dipercayai daripada penyokong PN.

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Tei mengakui individu yang dimaksudkan dalam video itu adalah penyokong PH yang didakwanya melakukan provokasi terhadapnya.

“Betul, saya sebut sebahagian penyokong PH yang kurang ajar asyik provokasi, menjerit, mencaci saya sebagai anjing,” ujarnya.

Image from: Hadir berbaju PN di penamaan calon, Albert Tei gelar penyokong PH ‘anjing’ -“Betul, saya sebut”

Adam Adli nafi provokasi dari pihak PH

Tei turut mendakwa tindakannya itu sekadar meniru penggunaan perkataan sama oleh bekas anggota DAP, Hew Kuan Yau, selain menuduh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim antara individu yang terbabit dalam provokasi berkenaan.

Walau bagaimanapun, Adam Adli menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan kumpulan penyokong PH berada agak jauh daripada penyokong PN serta lebih hampir dengan penyokong BERSATU.

“Tiada provokasi (daripada Pakatan Harapan). Harapan lebih dekat dengan BERSATU manakala PN berada lebih jauh di persimpangan lain,” katanya.

Tindak balas bukan kepada PN

Adam turut menjelaskan laungan yang dibuat penyokong PH adalah sebagai tindak balas terhadap sorakan penyokong BERSATU, bukannya ditujukan kepada PN.

“Terdapat laungan ‘UMPAS’ daripada penyokong BERSATU kepada penyokong PN. Penyokong Harapan itu kemudian menjerit ‘dah cerai kahwin balik!’ kepada BERSATU.
“Saya datang dan meminta penyokong Harapan supaya tidak masuk campur dalam isu ‘BERSATU lawan PN’,” kata ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu.

Image from: Hadir berbaju PN di penamaan calon, Albert Tei gelar penyokong PH ‘anjing’ -“Betul, saya sebut”

Insiden itu berlaku ketika hari penamaan calon PRN Negeri Sembilan yang turut menyaksikan PAS dan beberapa komponen lain kembali bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), manakala BERSATU bertanding menggunakan logo sendiri di beberapa kerusi selepas perpecahan kerjasama politik menjelang pilihan raya.

Sumber: Malaysiakini (Hariz Mohd & Alyaa Alhadjri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved