Hadir Ke Mahkamah Berbusana Putih Bak Pengantin Baru, Puteri Sarah Sedia Untuk Mulakan Hidup Baru

18 Apr 2023 • 10:12 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Puteri Sarah Liyana ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Persis pengantin baru. Itulah yang boleh dikatakan tentang penampilan Puteri Sarah Liyana sewaktu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi menghadiri hari perceraiannya bersama Syamsul Yusof. 

Puteri Sarah hadir berbusana putih suci dari hujung kepala hingga hujung kaki bak pengantin baru. 

Menurut Puteri Sarah, dia memilih untuk memakai baju berwarna putih kerana mahu meraikan hidup barunya.

image is not available
Puteri Sarah Liyana

"Biasanya kalau ke mahkamah mesti orang akan pakai baju warna hitam. Nampak macam depresi.  

"Saya tak nak pakai warna hitam sebab saya tak depresi. Saya gembira. Saya nak mulakan hidup baru. Putih melambangkan memulakan hidup baru," katanya kepada pihak media. 

Ditanya tentang benarkah dia akan beraya di luar negara seperti yang diberitahu ibu mertuanya, kata Sarah perkara itu tidak benar. Apa yang dikatakan oleh ibu mertuanya itu mungkin tentang raya rahun lepas.-  Getaran, 18 April 2023