
ISU berpakaian seksi memang tidak lekang dengan selebriti yang satu ini. Terbaharu Disha Patani sekali lagi menjadi sorotan sehingga dikecam ramai gara-gara berpakaian seksi ke acara keagamaan anjuran keluarga hartawan terkenal, Ambani.
Disha tampil ke acara tersebut memakai pakaian tradisional, namun bahagian potongan blaus di bahagian dada dilihat menonjolkan ‘asetnya’ yang berharga itu.
Disebabkan penampilan sebegitu, dia digelar sebagai pelakon yang tidak sopan dan tidak menghormati acara keagamaan.
“Ya, kami tahu anda memiliki tubuh yang cantik dan selalu berpakaian seksi. Tetapi adakah anda akan mati jika memakai pakaian yang sopan untuk seketika terutamanya ketika acara keagamaan,” komen netizen.
Netizen turut membandingkan Disha dan Kriti Sanon. Sebelum ini Kriti dikecam kerana berpakaian seksi dalam iklan untuk acara perayaan.
Kata netizen, Kriti tidak sepatutnya dipersalahkan kerana dalam dunia realiti, ada wanita seperti Disha yang berpakaian sebegitu hadir ke acara keagamaan.
The post Hadir majlis keagamaan pun seksi, aktres popular kena kutuk appeared first on Kosmo Online.

