‘Dahulu macam Barbie sekarang berisi, bulat’

Entertainment
19 Sep 2026 • 9:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Dahulu macam Barbie sekarang berisi, bulat’

KATRINA Kaif antara heroin Bollywood yang memiliki tubuh kesempurnaan fizikal yang sering menjadi dambaan ramai.

Sejak debutnya di Bollywood 20 tahun lalu, dia sering dilabel sebagai pelakon yang menjaga penampilan dan tubuh.

Namun baru-baru ini, kemunculannya pada sebuah acara anjuran hartawan terkemuka, Ambani mencuri perhatian ramai.

Pelakon filem Ek Tha Tiger itu muncul dengan tubuh yang kelihatan berusia. Wajahnya juga kelihatan berisi dan bulat.

Ramai yang terkejut melihat penampilan terkini Katrina. Ruangan komen sosial media dipenuhi dengan komen berbaur ‘body shaming’ terhadapnya.

“Apa sudah jadi dengan Katrina? Dahulu dia kelihatan seperti patung Barbie. Kini dia kelihatan seperti mak cik,” komen netizen.

Lebih mengecewakan netizen turut membandingkan Katrina dengan Alia Bhatt yang turut hadir ke acara yang sama.

Di sebalik kecaman yang diterima, ramai juga peminat yang menyokong dan mempertahankannya.

Kata mereka, Katrina sudah berusia 40-an dan baru sahaja menjadi seorang ibu. Perubahan bentuk tubuh wanita adalah perkara biasa. Katrina turut disamakan dengan Aishwarya Rai yang melalui perubahan bentuk tubuh selepas bergelar ibu dan semakin berusia.

The post ‘Dahulu macam Barbie sekarang berisi, bulat’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved