Hadiri acara fesyen, wajah suami Intan Najuwa dipuji nampak ‘baby face’

24 Aug 2023 • 2:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Datin Intan Najuwa dan suami, Datuk Ahmad Asraf Azman membuat kemunculan pertama sebagai pengantin baharu ketika menghadiri sebuah acara peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini.

Dalam perkongsian video EH! di laman Instagram, Intan dan suami memakai busana bergaya mewah bertema sedondon iaitu berwarna hitam dalam acara yang dihadiri oleh pereka fesyen serta rakan selebriti lain.

Pada masa sama, Ahmad Asraf kelihatan romantis apabila menggenggam erat dan tidak melepaskan pegangan tangan Intan yang sedang melakukan beberapa gaya posing untuk video.

Meninjau ke ruangan komen, segelintir individu memuji suami Intan yang memiliki wajah ‘baby face’ dan kelihatan lebih muda serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan serasi ini.

‘Baby face’ muka suami dia

image is not available
image is not available

Sama cantik, sama padan

image is not available

Insya-Allah jodoh berkekalan

image is not availableimage is not available

Untuk info, Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan tersebut di Desaru Coast, Johor pada Jumaat lalu dengan menerima wang hantaran sebanyak RM222,000 beserta mas kahwin bernilai RM20,000.

Sumber: Instagram EH!