“Baby Face Muka ‘Husband’ Dia” – Intan Najuwa Hadir KLFW Bersama Suami, Ramai Puji Romantisnya…..

24 Aug 2023 • 11:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga minggu lalu, Datin Intan Najuwa semalam telah menarik perhatian ramai apabila dia dan suami, Datuk Ahmad Asraf Azman hadir ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).

Intan dilihat bergaya mewah bersama suami dan terbuka membawa suami tersayang ke majlis-majlis terbuka bersama rakan-rakan artis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EH! (@ehmalaysia)

Kedua-duanya juga terlihat romantis dan berpegangan tangan sekaligus menuai ucapan dan doa daripada peminat di bahagian komen.

Malah, ada juga yang memuji wajah Datuk Ahmad Asraf yang persis ‘baby face’ dan lebih muda berbanding ketika majlis perkahwinan pasangan itu sebelum ini.

Sekadar info, Intan Najuwa dan suami telah melangsungkan perkahwinan di Desaru Coast, Johor pada 18 Ogos lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 days ago

[TERKINI] Intan Najuwa Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan, Terima Wang Hantaran RM222,000