Hael Husaini Nafi Khabar Angin Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah

Entertainment
1 Jun 2025 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular desas desus yang mendakwa bahawa penyanyi yang popular dengan lagu Jampi, Hael Husaini telah bertunang dengan penyanyi, Dayang Nurfaizah.

Namun, ternyata perkara itu hanyalah khabar angin sahaja kerana Hael telah tampil menafikan perkara tersebut ketika ditanya oleh media, lapor Berita Harian.

Menurut Hael, khabar angin itu hanyalah gosip semata-mata dan ia bukanlah disebarkan oleh dirinya.

image is not available

Difahamkan, dakwaan bahawa Hael sudah bertunang dengan Dayang sebelum ini telah tular di platform media sosial TikTok.

Rata-rata warganet yang mempercayai dakwaan tersebut juga telah mengucapkan tahniah kepada kedua-dua penyanyi ini menerusi ruangan komen video TikTok tersebut.

image is not available

Hael yang berusia 36 tahun itu bagaimanapun meminta peminat untuk menyokong dan mendengar lagu baru dari album barunya tidak lama lagi yang berjudul Antonim Part 2.

Selain itu, ramai juga peminat penyanyi ini yang selalu menjodohkan dirinya dengan Dayang.

Namun, menurut Hael, dia tidak mengambil serius akan perkara itu kerana baginya dia tidak mampu untuk menghalang keinginan peminat.

Untuk pengetahuan semua, Hael dan Dayang mempunyai lagu duet popular yang berjudul ‘Haram’.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.