Hafidz Roshdi Dakwa Bekas Isteri Bawa Anak-Anak Ke Australia Tanpa Izin

LocalEntertainment
6 Feb 2025 • 7:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Hafidz Roshdi mendakwa bekas isterinya, Shuhada Mat Shukri langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak setahun yang lalu.

Menurut Sinar Harian, Hafidz mendakwa dia masih belum menemui Humairah dan Umar dan kali terakhir berjumpa adalah pada penghujung 2023.

Saya tak tahu keadaan anak saya macam mana sekarang, namun perkembangan terbaru saya dapat tahu mereka dibawa ibunya ke Australia tanpa keizinan saya.

image is not available

Kepada Umar dan Umairah, abah hendak bagi tahu yang abah sangat-sangat rindu pada Umar dan Umaira, abah harap kita dapat jumpa satu hari nanti insyaAllah.

Hafidz ditemui selepas sebutan kes interim hadanah hak penjagaan dan hak penjagaan penuh difailkannya kepada bekas isterinya, Shuhada dan ibu Shuhada, Wan Latipah Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

image is not available 3 weeks ago

Ambil Bahagian Dalam Pertandingan Tinju, Hafidz Roshdi Nak Ubah Kerjaya?