“Tukar karier ke?” – Hafidz Roshdi ‘Masuk’ Gelanggang Tinju?

Entertainment
15 Jan 2025 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika sebelum ini, pelakon serta bekas peserta Hero Remaja, Hafidz Roshdi tular kerana kontroversi rumah tangganya, kali ini namanya kembali disebut-sebut tetapi atas sebab berbeza.

Tular sebuah video di TikTok memaparkan pelakon itu mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Twins Championship yang difahamkan akan berlangsung di Seremban pada 15 Februari nanti.

Menerusi hantaran dalam akaun TikTok rasmi Twins Championship, Hafidz bakal berlawan dengan Raj Shankar dan menurut laporan Kosmo!, dia juga merupakan seorang pelawak komediri.

Pun begitu, berdasarkan video tersebut, tidak dinyatakan kategori yang disertai oleh pelakon Tundukkan Playboy Itu itu.

Ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata sindiran daripada netizen malah ramai juga dilihat menyokong Raj bagi perlawanan itu.

image is not available

Sebagai info, Hafidz pernah dilanda kontroversi hebat selepas dia didakwa menumbuk bekas isterinya, Nurul Shuhada pada Mac 2023 yang ketika itu masih bergelar isterinya. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan mereka bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.

Sumber: Kosmo, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.