
Pelakon, Hafidz Roshdi yang didakwa menumbuk muka isterinya di kawasan R&R sekitar Sungai Buloh dilaporkan telah ditahan polis, semalam.
Susulan laporan dibuat oleh isterinya, Nurul Shuhada, pelakon berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Tumbuk Isteri Di Muka, Polis Akan Panggil Hafidz Roshdi - "Jika Perlu Tangkapan Dilakukan..."
Bagaimanapun, Hafidz kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik sahaja selesai keterangannya diambil pada petang yang sama.
Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek.”

Difahamkan, Shuhada kemungkinan akan dipanggil semula untuk diambil keterangan lanjut berhubung kes berkenaan.
Polis juga akan mendapatkan perintah mahkamah sementara pada esok untuk menghalang suami daripada melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa, sementara siasatan dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
The post Hafidz Roshdi Ditahan Kes Tumbuk Isteri, Polis Mohon Perintah Mahkamah Untuk Halang Kejadian Sama Berulang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

