Hafidz Roshdi Gelar Shuhada Janda Penfitnah Dan Kaki Pusing, Cuba Tutup Periuk Nasinya

Entertainment
27 Jun 2024 • 2:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
hafidz roshdi

Ingatkan sudah selesai rupa-rupanya ada lagi isu berbangkit di antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Shuhada Shukri.

Terdahulu, Shuhada mendakwa Hafidz telah pecah amanah dan menyalahguna rahsia mahkamah menyebabkan dia terpaksa membuat laporan polis.

Aktor itu bagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat Shuhada dan mendakwa wanita itu cuba menutup periuk nasinya.

image is not available

Hafidz juga telah menggelarkan ibu kepada dua anaknya itu sebagai janda penfitnah dan janda penipu.

Menurut pelakon ini, Shuhada seorang kaki pusing apabila mengaitkan isu lain ketika diminta kemukakan bukti sahih mengenai dakwaan sebar dokumen mahkamah.

image is not available

Bagi Shuhada pula, dia menganggap Hafidz bersikap kebudak-budakan apabila memberi gelaran yang tidak sepatutnya.

Dia mempersoalkan adakah Hafidz sebenarnya tidak bahagia dan bersimpati dengan kehidupan aktor berkenaan.

Kredit: Instagram Hafidz Roshdi | Shuhada Shukri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.