Isu Selesai, Hafidz Roshdi & Shuhada Setuju Tiada Lagi Sebar Aib Masing-Masing – “Kalau Benda Ni Berlaku Lagi, Saya…”

27 Jun 2024 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang mesej berbaur lucah didakwa di antara Hafidz Roshdi dan kekasihnya ketika masih bersama bekas isteri, Nurul Shuhada atau Shu.

Mesej tersebut disebarkan sendiri oleh Shu yang turut berkata dia menyimpan bermaca-macam bukti membabitkan kecurangan Hafidz dan wanita itu yang kini merupakan isterinya, Athira Yuhada.

image is not available 2 days ago

"Kenapa Aku Minta Cerai, Sebab Ini.." - Bekas Isteri Dedah Perbualan L*cah Hafidz Roshdi & Penyondol

 

Hafidz nafi hantar mesej begitu

Aktor tersebut bagaimana menafikan ada menghantar mesej berbaur lucah seperti tertulis dalam tangkap layar yang tersebar itu.

Saya menafikan sebab saya tidak pernah ada perbualan seperti itu. Ia tidak berlaku antara saya dengan orang tersebut.

image is not available

Hafidz juga berkata isu terbabit sudah selesai di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak lagi menyebarkan aib kepada orang ramai.

Pihak saya dan dia sudah bersetuju untuk berdamai dan tidak lagi menyebarkan aib masing-masing (di media sosial).

image is not available

 

Akan ambil tindakan jika berlaku lagi

Pelakon berusia 30 tahun itu juga turut menambah dan berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak sana masih menyebarkan fitnah atau aib di media sosial.