Hafidz Roshdi Tersentuh Dengan Mesej Sharnaaz Ahmad Buatnya

Entertainment
15 Mar 2023 • 5:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sharnaaz Ahmad telah memuat naik satu hantaran di Instagram Story memberikan kata-kata semangat buat Hafidz Roshdi - Gambar Instagram

Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi tersentuh dengan kata-kata yang dititipkan oleh Sharnaaz Ahmad buatnya.

Sebelum ini, Sharnaaz telah memuat naik satu hantaran di Instagram Story memberikan kata-kata semangat buat Hafidz.

"Sahabat dunia ini kadang-kadang pelik. Allah tengah uji awak dan keluarga. Stay strong buat awak dan isteri. Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan apa-apa yang longgar dan silap. You can get through brother," tulis Sharnaaz.

Sementara itu, Hafidz menerusi hantaran yang dimuatnaiknya di Instagram mengucapkan terima kasih kepada Sharnaaz di atas kata-kata semangat yang diberikan untuknya.

"Terima kasih banyak-banyak sahabatku kerana telah meluangkan masa menulis nota yang sangat bermakna bagi menjalani proses ini. I'm so touched bro

"Tidak lupa juga kepada rakan-rakan selebriti, rakan-rakan, peminat, ahli keluarga dan media yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat Hafidz. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa kalian," tulisnya di bahagian kapsyen.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan agar Hafidz dibawa ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri selepas dia mengaku tidak bersalah mencederakan bekas isterinya, Nurul Syuhada pada 3 Mac lalu. - Getaran , 15 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved