Mohon Hafidz Roshdi Kuat, Sharnaaz Harap Shuhada Kembali Bahagia Walaupun Dah Tak Bersama

Entertainment
14 Mar 2023 • 5:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad berharap agar Hafidz Roshdi untuk kuat dan sabar dengan ujian yang dia hadapi sekarang. Sharnaaz juga turut memberikan sokongan moral buat isteri Hafidz, Nurul Shuhada Shukri agar kecederaan yang dialami itu segera sembuh.

 

Perbetulkan mana yang longgar – Sharnaaz Ahmad

Dalam pada itu, menerusi IG Story miliknya, Sharnaaz mohon agar Hafidz Roshdi dapat memperbetulkan keadaan baik seperti sedia kala. Bahkan, Sharnaaz juga menggesa para peminatnya agar tidak mengeruhkan keadaan lagi dengan ‘mengapi-apikan’ mereka.

“2.1 juta pengikut aku, tolonglah jangan mencurah minyak pada api. Semoga dia kembali sihat dan isterinya kembali mencari kebahagiaaan walau bukan bersama dia.”

image is not available

Kata Sharnaaz, orang ramai perlu ambil sesuatu perkara positif dalam hidup. Sebelum ini, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah memerintahkan Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Malah, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya, Shuhada sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu, lapor Astro Awani.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.