Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai, Anak Di Bawah Jagaan Bekas Isteri

EntertainmentFamily & Parenting
29 Jul 2025 • 7:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia hafiz Suip

Penyanyi popular yang pernah mencetuskan fenomena dengan lagu Awan Nano, Hafiz Suip mengesahkan bahawa dia kini sudah berpisah dengan isterinya, Nureffy.

Menurut Hafiz, mereka sah bercerai talak satu pada 29 Mei yang lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor.

Anak Hafiz Suip dijaga bekas isteri…

image is not available

Dalam kenyataan beliau, Hafiz memaklumkan bahawa hak penjagaan anak-anak kini berada sepenuhnya di bawah bekas isterinya.

Ini kerana bagi Hafiz, seorang ibu adalah tempat paling sesuai dan selamat untuk anak-anak berlindung.

Tambah Hafiz lagi, walaupun sudah berpisah, hubungan antara mereka masih baik demi memastikan segala urusan anak-anak berjalan lancar.

Masih kekal hubungan baik demi anak-anak…

image is not available

Hafiz turut menjelaskan bahawa dia kini menetap di Kuching, Sarawak, dan walaupun berjauhan, mereka tetap bekerjasama demi kebajikan anak-anak.

Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Semua ini adalah pengajaran dan pengalaman.- Katanya.

Perkahwinan Hafiz Suip dan isteri hampir 8 tahun berakhir…

image is not available

Sekadar info, Hafiz dan Nureffy berkahwin pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Perpisahan ini tentunya bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak-anak. Namun, tindakan Hafiz yang kekal matang dan menghormati bekas isteri wajar dipuji.

Pssttt! Kadang-kadang dalam hidup, bukan semua yang kita rancang akan kekal selamanya. Tapi apa yang penting, bagaimana kita kendalikan situasi bila keadaan berubah. Ohmedia harap korang yang sedang melalui perkara sama dapat terus kuat dan fokus pada yang paling utama anak-anak dan masa depan mereka.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.