Hubungi Anak Sahaja, Farid Kamil Dah Setahun Tak ‘Contact’ Dengan Diana Danielle

EntertainmentFamily & Parenting
29 Jul 2025 • 2:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil mengakui sudah hampir setahun tidak berkomunikasi secara langsung dengan bekas isterinya, Diana Danielle.

Menurut Farid, mereka mula terputus hubungan beberapa bulan sebelum perceraian rasmi berlaku. Kini, semua perkara yang melibatkan anak-anak disampaikan terus kepada mereka, Muhammad dan Nur Aurora, menerusi telefon bimbit masing-masing.

Farid menyifatkan mereka kini berada di “dunia dan ruang masa yang berbeza”, namun tetap sepakat untuk memberi tumpuan penuh dalam membesarkan anak-anak. Katanya, meskipun komunikasi tidak seperti dulu, ia masih berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

image is not available

Bercakap tentang kehidupannya selepas bergelar duda, Farid menyatakan dirinya semakin tenang dan lebih bahagia apabila memberi fokus kepada diri sendiri. “Hidup perlu diteruskan dan pandang ke hadapan,” katanya. Farid turut menyentuh mengenai perubahan masa dan membandingkan ketinggian anaknya yang kini hampir menyamai penerbit David Teo.

Mengulas mengenai kenyataan Diana dalam sebuah program audio siar, di mana bekas isterinya mengakui kehilangan sahabat dalam perkahwinan lebih menyakitkan daripada penceraian, Farid memilih untuk tidak memberikan komen lanjut. Sebaliknya, dia hanya berkata penuh makna,

Telah aku cuba untuk berikan bunga.

Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata. Mereka pernah bercerai buat kali pertama pada Ogos 2023 melalui Google Meet, namun kembali rujuk sebulan kemudian. Jodoh mereka akhirnya berakhir apabila disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 24 Mac 2024.

image is not available 2025-07-21 13:41:09

Menyakitkan, Diana Danielle Akui Kehilangan Farid Kamil Bukan Sekadar Suami, Tapi Sahabat Baik - "Lama-Lama Saya Sedar.."