Hafizuddin terima bantuan RM46,000 daripada kerajaan Perlis

27 Nov 2026 • 7:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hafizuddin terima bantuan RM46,000 daripada kerajaan Perlis

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis mengumumkan bantuan berjumlah RM46,000 kepada jaguh angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin yang ditimpa musibah kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, bantuan itu merangkumi Bantuan Prihatin Atlet secara sekali beri sebanyak RM10,000 serta Elaun Sokongan Pemulihan Atlet sebanyak RM1,000 sebulan selama tiga tahun.

“Sesungguhnya, pengorbanan serta keringat yang dicurahkan demi negeri dan negara tidak akan sekali-kali dilupakan.

“Seluruh Dewan yang mulia ini berdiri teguh di sisi beliau dengan iringan doa agar wira kebanggaan kita dikurniakan kekuatan, ketabahan serta kesembuhan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perlis 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Menurutnya, pembayaran elaun sokongan pemulihan berkenaan akan bermula Januari depan hingga Disember 2029.

Hafizuddin sebelum ini mengharumkan nama negeri dan negara apabila meraih pingat emas acara angkat berat kategori 88 kilogram lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM4.16 juta bagi pembangunan infrastruktur sukan dan riadah pada tahun depan termasuk pembinaan Dewan Sukan Para di Kompleks Sukan Tuanku Syed Sirajuddin. – KOSMO! ONLINE

The post Hafizuddin terima bantuan RM46,000 daripada kerajaan Perlis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved