Hailey Dan Justin Bieber Umum Kehamilan, Usia Kandungan Masuk Enam Bulan

Entertainment
10 May 2024 • 12:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pasangan selebriti popular Hollywood, Hailey dan Justin Bieber telah mengumumkan kehamilan anak pertama mereka melalui hantaran di media sosial masing-masing awal pagi tadi.

image is not available

Foto: IG @justinbieber

Menerusi hantaran tersebut, kedua-duanya berkongsi catatan yang sama iaitu tanpa menampilkan sebarang teks selain daripada menyebut nama pengguna Instagram.

Pasangan itu berkongsikan satu video yang memaparkan beberapa video pendek dan gambar mereka, selain Hailey yang dilihat mengenakan gaun renda putih sehingga menampakkan ‘baby bump’.

Sementara itu, seorang wakil bagi pihak Hailey mengesahkan berita itu dan memberitahu bahawa usia kandungan model wanita tersebut baru berusia lebih enam bulan pada Khamis lalu.

“Penggambaran video dan gambar itu adalah daripada majlis pembaharuan ikrar Biebers pada Khamis di Hawaii,” katanya.

image is not available

Foto: IG @justinbieber

Selain itu, rata-rata pengikut Justin Bieber di Instagram memberikan ucapan tahniah selain terharu dengan berita itu melalui ruangan komen hantarannya, manakala Hailey pula bertindak menutup ruangan komen hantarannya tersebut.

Sangat teruja untuk berita ni..

image is not available

Tahniah!

image is not available

Justin akan jadi bapa..

image is not available

Untuk makluman, Hailey (28) yang merupakan seorang model dan ahli perniagaan telah berkahwin dengan Justin Bieber (30), seorang penyanyi popular sejak masih kanak-kanak dengan lagu ‘Baby’ itu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan orang terdekat di New York pada 2018.

Sumber: Instagram @haileybieber, @justinbieber