Justin Bieber bakal bergelar bapa, Hailey hamil 6 bulan kongsi foto baby bump

Entertainment
10 May 2024 • 3:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SIAPA tidak kenal penyanyi lagu Baby yang popular 10 tahun lalu. Kini meningkat dewasa, Justin Bieber, 30, bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Penyanyi itu dan isteri, Hailey Bieber, 27, berkongsi berita gembira berkenaan menerusi laman sosial Instagram.

Memetik People, usia kandungan pemilik jenama Rhode itu dikatakan mencecah enam bulan.

image is not available

Memuat naik video daripada memperbaharui ikrar perkahwinan, Hailey memakai gaun renda putih jelas menampakkan ‘baby bump’ yang semakin membesar.

image is not available

Bakal ibu itu turut berkongsi beberapa gambar bersama penyanyi Kanada tersebut yang menampakkan kandungannya yang semakin membesar.

Tanpa kapsyen, anak kepada aktor Stephen Baldwin itu sekadar menanda suaminya pada hantaran berkenaan.

image is not available

Terdahulu, pada Oktober lalu model kelahiran Tucson, Arizona itu menafikan dirinya sedang hamil.

Sekadar info, Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 dua bulan selepas bertunang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!