Hairul Azreen buat kejutan, hadiahkan Hanis Zalikha motosikal sempena ‘anniversary’

14 Jul 2023 • 8:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular Hairul Azreen membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis Honda Vario 160 kepada isterinya, Hanis Zalikha.

Menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram, difahamkan hadiah tersebut diberikan sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-8 yang jatuh pada 5 Jun lalu.

“Tiada lagi lebih bermakna apabila dapat membuat isteri tercinta gembira. Selamat ulang tahun cintaku,” tulis aktor berusia 35 tahun itu.

Rakaman berdurasi satu minit lima saat tersebut memaparkan Hanis turun tangga dari tingkat atas kediaman mereka sebelum meleparkan senyuman sebaik melihat motosikal skuter berwarna kuning dan hitam itu.

Dalam video sama, Hairul yang juga pelakon filem Malbatt: Misi Bakara mengatakan dia turut mendapat dua buah topi keledar serta bertanya kepada isteri sekiranya menyukai hadiah berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut meninggalkan ucapan ulang tahun perkahwinan buat pasangan itu selain memuji ruang kediaman yang dilihat mewah seperti hotel.

‘Happy anniversary’

image is not available

Beli macam untuk diri sendiri je?

image is not available

Rumah cantik macam hotel!

image is not available

Terus ‘park’ dalam rumah

image is not available

Sama la motor kita

image is not available

Untuk rekod, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 4.

Sumber: Instagram Hairul Azreen