Cuaca panas melampau sekarang bukan sekadar buat haiwan peliharaan kita "tak selesa". Ia boleh mengancam nyawa
Manusia boleh berpeluh seluruh badan untuk sejukkan diri, tapi haiwan HANYA boleh buang haba melalui tapak kaki dan dengan tercungap-cungap (panting). Bila suhu luar terlalu panas, sistem ini akan GAGAL dan menyebabkan Strok Haba (Heatstroke).
🚨 TANDA AMARAN STROK HABA HAIWAN
❌ Tercungap-cungap (panting) yang sangat kuat & laju.
❌ Air liur meleleh teruk (drooling).
❌ Lemah, tak boleh berdiri, atau jalan terhuyung-hayang.
❌ Muntah atau cirit-birit berdarah.
⚠️ HAIWAN PALING BERISIKO TINGGI
• Baka Muncung Pendek seperti Kucing Parsi, Anjing Pug, Bulldog. Saluran pernafasan mereka sempit, jadi susah nak buang haba
• Haiwan Obesiti, tua
• Haiwan Kecil: Arnab & Guinea Pig. (Suhu >25°C dah cukup bahaya untuk arnab!).
📋 4 PANDUAN KECEMASAN UNTUK 'PAWRENTS':
💧 1. Air & Teduh
Pastikan air bersih sentiasa penuh dan mangkuk diletak di tempat teduh.
🐾 2. Peraturan 'Ujian 5 Saat
Letak belakang tapak tangan anda atas jalan tar/simen. Kalau anda tak tahan panas tu selama 5 saat, tapak kaki haiwan anda pun akan melecur!
Bawa jalan awal pagi atau lewat malam sahaja.
🚗 3. JANGAN TINGGAL DALAM KERETA
Walaupun tingkap buka sikit, kereta adalah ketuhar maut untuk haiwan.
🧊 4. RAWATAN KECEMASAN (AWAS!)
Kalau haiwan rebah sebab strok haba, pindahkan ke tempat sejuk dan basahkan badan guna AIR PAIP BIASA. JANGAN GUNAKAN AIS ATAU AIR SEJUK PETI AIS! (Ais akan buat salur darah mengecut dan permerangkap haba dalam organ dalaman).
Jangan rendam arnab dalam air, mereka boleh mati terkejut (shock). Terus bawa ke klinik Veterinar!
Kalau KITA rasa panas melampau, haiwan peliharaan kita biasanya rasa LEBIH TERUK. Mereka tak pandai cakap "Panasnya tuan", mereka cuma boleh tunjuk melalui nafas yang laju dan badan yang lesu.
#PublicHealthMalaysia #StrokHabaHaiwan #HeatstrokePets #CuacaPanas #GelombangHaba #KesihatanHaiwan #SayangiHaiwan #Veterinar #CatLoversMalaysia #Oyen #Pawrents
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.



