Hajat pulang beraya di Sabah tidak kesampaian, suami isteri maut kemalangan

1 Apr 2024 • 5:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Hajat sepasang suami isteri pulang beraya ke Sabah tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Persiaran Forest Height 1, di sini pagi tadi.

Aswan Sulaiman, 29, dan isteri Nur Khairunnisya Samsudin, 23, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta dipandu seorang pelajar kolej berusia 19 tahun.

Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Senawang.

Bapa kepada Nur Khairunnisya, Samsudin Basirun, 52, berkata anak bongsunya itu berhasrat membuat kejutan pulang ke kampung suaminya di Sabah bersama bayi perempuan berusia lapan bulan, selepas lebih setahun tidak pulang.

“Pagi tadi pak cik di tempat kerja, polis telefon dalam 7.52 pagi, kata anak dan menantu kemalangan. Ingat kemalangan biasa saja, tapi polis bagitahu mereka dah tiada, pak cik rasa macam nak pengsan. Memang mereka teruja raya kali ini nak balik ke Sabah.

“Sebelum ini besan hanya datang ke sini masa mereka kahwin, jadi saya bagitahu mereka baliklah bawa anak jumpa keluarga di sana, anak pun dah besar...mereka rancang balik sehari sebelum raya. Mereka cakap tak sabar dan sudah siap cari baju raya sekeluarga,” katanya kepada pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini hari ini.

Sulaiman yang juga tukang kebun itu berkata kali terakhir mereka sekeluarga bertemu pasangan tersebut ketika bersahur pagi tadi di rumahnya di Taman Pelangi, Sikamat di sini dan kedua-duanya tidak menunjukkan sebarang tanda akan pergi buat selamanya.

Beliau berkata pemergian mereka sangat dirasai memandangkan kedua-duanya seorang yang ceria, mesra dan suka membantu keluarga.

“Kami akan menjaga satu-satunya anak mereka ini, nasib baik cucu rapat dengan isteri memandangkan dia mengasuh cucu ketika kedua ibu bapa mereka bekerja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Hatta Che Din berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu pelajar wanita itu dari Seremban Jaya menghala ke sebuah kolej tingkatan enam, mahu membelok ke simpang kanan menuju ke Persiaran Forest Heights 2.

“Bagaimanapun, motosikal dinaiki suami isteri berkenaan yang datang dari arah bertentangan telah melanggar sisi kiri kereta tersebut,” katanya.

Beliau berkata suami isteri itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mohd Hatta turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

SEREMBAN, 1 April (Bernama) -- Hajat sepasang suami isteri pulang beraya ke Sabah tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Persiaran Forest Height 1, di sini pagi tadi.

Aswan Sulaiman, 29, dan isteri Nur Khairunnisya Samsudin, 23, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta dipandu seorang pelajar kolej berusia 19 tahun.

Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Senawang.

Bapa kepada Nur Khairunnisya, Samsudin Basirun, 52, berkata anak bongsunya itu berhasrat membuat kejutan pulang ke kampung suaminya di Sabah bersama bayi perempuan berusia lapan bulan, selepas lebih setahun tidak pulang.

“Pagi tadi pak cik di tempat kerja, polis telefon dalam 7.52 pagi, kata anak dan menantu kemalangan. Ingat kemalangan biasa saja, tapi polis bagitahu mereka dah tiada, pak cik rasa macam nak pengsan. Memang mereka teruja raya kali ini nak balik ke Sabah.

“Sebelum ini besan hanya datang ke sini masa mereka kahwin, jadi saya bagitahu mereka baliklah bawa anak jumpa keluarga di sana, anak pun dah besar...mereka rancang balik sehari sebelum raya. Mereka cakap tak sabar dan sudah siap cari baju raya sekeluarga,” katanya kepada pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini hari ini.

Sulaiman yang juga tukang kebun itu berkata kali terakhir mereka sekeluarga bertemu pasangan tersebut ketika bersahur pagi tadi di rumahnya di Taman Pelangi, Sikamat di sini dan kedua-duanya tidak menunjukkan sebarang tanda akan pergi buat selamanya.

Beliau berkata pemergian mereka sangat dirasai memandangkan kedua-duanya seorang yang ceria, mesra dan suka membantu keluarga.

“Kami akan menjaga satu-satunya anak mereka ini, nasib baik cucu rapat dengan isteri memandangkan dia mengasuh cucu ketika kedua ibu bapa mereka bekerja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Hatta Che Din berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu pelajar wanita itu dari Seremban Jaya menghala ke sebuah kolej tingkatan enam, mahu membelok ke simpang kanan menuju ke Persiaran Forest Heights 2.

“Bagaimanapun, motosikal dinaiki suami isteri berkenaan yang datang dari arah bertentangan telah melanggar sisi kiri kereta tersebut,” katanya.

Beliau berkata suami isteri itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mohd Hatta turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -Bernama