“Saya scammer yang baik” – Demi Puaskan Hati Netizen, Datuk Red Mengaku ‘Scammer’

Entertainment
1 Apr 2024 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan Datuk Red yang kini sudah diisytihar muflis dan sedang mencari kerja bagi menampung keperluan diri, dua isteri dan anak-anaknya.

Namun, dalam ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa suami kepada penyanyi Adira Suhaimi ini, muncul kenyataan beberapa individu yang mendakwa dia terlibat dalam kes jual beli tanah secara tidak sah.

Susulan dakwaan itu, ramai yang meminta Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adenan Abu segera melangsaikan hutang mangsa.

Terbaharu, Datuk Red tampil mengulas mengenai dakwaan terbabit dan mengakui dia adalah seorang scammer demi memuaskan hati netizen dan pihak yang terlibat.

image is not available

“Ya! saya mengaku sebagai scammer tapi scammer yang baik jika itu jawapan yang boleh memuaskan hati netizen dan pihak terbabit.

“Sebab orang memang dah kecam pun, saya nafikan pun orang cakap juga, ini scammer akhir zaman lah, jadi saya mengaku sajalah,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Datuk Red, dia sedang berusaha untuk melunaskan hutangnya dan bebas dari dakwaan scammer itu.

image is not available

“Kalau mengaku pun menjadi satu kesalahan, saya nak buat macam mana? Tapi mana scammer yang mengaku penipuannya itu? Sebab itu saya cakap, saya scammer yang baik.

“Sebab saya tak cakap pun tapi orang yang cakap, bila orang cakap saya mengiyakan sajalah. Sebab selagi saya tak mengaku selagi itulah orang bercakap.

“Saya tak suka nak bangkang semua ni sebab banyak lagi benda yang saya nak fikir dan macam mana saya nak bangkit semula,” katanya.

Sehubungan itu, Datuk Red meminta pihak terbabit memberi tempoh untuknya melunaskan hutang berkenaan kerana beliau baru sahaja mula bekerja.

Datuk Red juga kini sedang berhadapan dengan tuntutan cerai daripada kedua-dua isterinya namun memaklumkan bahawa dia sedang cuba mempertahankan rumah tangga yang dibinanya itu.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.