
Kota Kinabalu: KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dijadual menjalani prosedur kecil bagi membuang batu karang minggu depan. Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Hajiji mengalami kesakitan namun dalam keadaan sihat.
“Spekulasi mengenai keadaan kesihatan Ketua Menteri tersebar sejak beberapa hari lepas dan beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa semua,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, dalam kenyataan sama memkalumkan Hajiji turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
Turut hadir ke majlis berkenaan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada majlis tersebut, Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada lebih 70 orang kurang berkemampuan termasuk dari rumah orang tua, Persatuan Orang Buta, Persatuan Orang Pekak, rumah kebajikan dan anak yatim.
SPONSORED CONTENT Enjoy Aira Residence’s convenient connectivity Kuala Lumpur: Aira Residence is where luxury meets convenient connectivity. Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


