Hajiji kekal pimpin Sabah, desakan letak jawatan ditolak

LocalPolitics
11 Dec 2024 • 2:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Tiada keperluan bagi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor meletak jawatan kerana beliau telah melakukan tindakan yang wajar untuk melindungi sumber mineral wilayah ini.

Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah, Ag Marjohan Ag Amin berkata, sebaliknya desakan pihak-pihak berkepentingan itu jelas bermotif politik.

AdvertisementKatanya, Hajiji perlu kekal menerajui Kerajaan Negeri dan tiada keperluan menuruti desakan itu demi memastikan kestabilan politik di Sabah sehingga tiba Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang.

“Tidak wajar mendesak Ketua Menteri letak jawatan sedangkan beliau telah melakukan tindakan betul bagi melindungi sumber mineral kita daripada eksploitasi pihak berkepentingan.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Justeru, tidak perlu tunduk dengan sebarang desakan pihak-pihak terlibat sebaliknya terus menerajui Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat terus terbela dan dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Ahad.

Sehubungan itu, Marjohan meminta semua pihak memberikan ruang agar proses siasatan dapat dijalankan dengan telus dan adil tanpa ada usaha ‘menangguk di air keruh’ memburukkan Hajiji.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Marilah kita bersama memastikan kerajaan ini terus bertanggungjawab, responsif, dan fokus kepada keperluan rakyat demi masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera,” katanya.

Terdahulu, Hajiji dalam satu kenyataan memberi jaminan untuk memelihara sumber mineral di Sabah dengan menegaskan akan menguruskannya dengan baik dan teliti demi masa depan rakyat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau menegaskan dakwaan kerajaan negeri ada mengeluarkan lesen melombong adalah tidak benar dan menyifatkan tuduhan itu propaganda politik yang berniat jahat bagi mencetus kekeliruan serta menggugat kestabilan politik.

Hajiji turut memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbirannya kekal berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan, dan kejujuran.