
TAWAU: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor layak digelar ‘Bapa Perpaduan Sabah’ melihat kepada sumbangan dan peranannya mengukuhkan perpaduan rakyat negeri ini tanpa memilih bulu.
Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui berkata, tidak dinafikan pemimpin Sabah sememangnya menitik-beratkan perpaduan, namun, beliau (Hajiji) dilihat lebih ke hadapan.
Menurutnya, beliau mahu menerapkan hanya melalui perpaduan dan suasana harmoni dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama sahaja yang akan menjamin pembangunan dapat terus dilaksanakan di negeri ini.
Katanya, di bawah kepimpinan ketua menteri juga, beliau melihat setiap rakyat tanpa memilih latar belakang diberikan bantuan dan sumbangan ‘tanpa banyak soal’, termasuklah sumbangan untuk meraikan perayaan kaum masing-masing.
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Malah, beliau sendiri sering memberi nasihat supaya kita tidak pilih kasih dalam memberi pertimbangan (sumbangan) berdasarkan keperluan, dan bukannya pemohon iaitu latar belakang kaum, agama atau idealogi politik.
“Saya melihat sendiri beliau banyak membantu keperluan rakyat tanpa mengira samada mereka adalah penyokong kerajaan atau sebaliknya semasa saya dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, tiga tahun lalu,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sempena Pesta Tahun Baru Cina 2024 Parlimen Tawau di Dewan Masyarakat Tawau, pada Sabtu malam.
Pesta itu yang diserikan dengan pelbagai persembahan tarian singa dan naga serta nyanyian, dihadiri hampir 5, 000 orang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy; Adun Balung, Datuk Hamild Awang; Adun Kukusan, Rina Jainal; Adun Sri Tanjong, Justin Wong dan Ketua Perwakilan Konsulat Indonesia di Tawau, Heni Hamidah.
Mengenai pesta itu, Lo menyifatkan sambutan ramai masyarakat pelbagai latar belakang merupakan simbolik kepada penghargaan rakyat kepada nilai Sabah.
“Inilah keunikan kita di Sabah dan Sarawak... Kita tidak perlu diajak untuk merayakan sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Krismas dan sebagainya kerana kita meraikannya bersama-sama dalam suasana harmoni.
“Dan inilah nilai Sabah yang sudah menjadi budaya serta amalan rakyat selama ini... Kita hadir pada pesta malam ini juga adalah reaksi kita dalam menhargai nilai Sabah,” katanya lagi.
Lo berharap nilai itu akan terus kekal menjadi amalan segenap lapisan rakyat negeri ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

