
SEJARAH awal mengenai pengurusan Elektrik dan Gas di negeri Sabah mencatatkan bahawa sebelum pemben-tukan Malaysia, bidang kuasa pengurus-annya adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Namun, seiring dengan pembentukan Malaysia, kedua-dua sektor, Elektrik dan Gas, ditempatkan di bawah Senarai Persekutuan.
Walau bagaimanapun, dalam konteks Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan, Perintah Negeri-Negeri Borneo (Kuasa Perundangan) 1963 telah memberikan mandat untuk menyemak semula kuasa perundangan kepada Sabah. Ia dengan tujuan untuk memelihara status quo kuasa perundangan Sabah dan Sarawak dalam isu berkaitan Elektrik dan Gas.
Namun, ia telah ditarik balik pada tahun 1983 oleh Artikel 95C yang sama apabila SESB diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Parlimen, iaitu Akta Lembaga Lektrik Sabah (SEB) 1983. SEB kemudiannya diletakkan di bawah selia Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos Malaysia.


