Hak Penjagaan Fatima Diberikan Sepenuhnya Pada Fazura, Fattah Amin Hanya Dapat Bermalam Dua Kali Sebulan Dan Ini Sebabnya

LocalEntertainment
12 Nov 2024 • 12:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Fattah Amin Fazura

Pelakon popular, Fattah Amin bersetuju untuk memberikan hak penjagaan penuh anaknya iaitu Nur Fatima Aisya kepada bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin. 

Menurut laporan Oh Bulan, keputusan ini diumumkan selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai terma yang telah ditetapkan dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Peguam yang mewakili Fattah iaitu Puan Syamimi Ab Rahman berkata yang hak penjagaan diberikan sepenuhnya kepada Fazura sebagai ibu kandung. 

Kedua belah pihak telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan sepenuhnya kepada Fazura selaku ibu kandung.

Fattah Amin dapat hak lawatan bermalam dan harian

image is not available

Walaupun hak penjagaan penuh diserahkan kepada Fazura, Fattah juga masih diberikan hak lawatan bermalam dan lawatan harian untuk meluangkan masa bersama Fatima.

Fattah diberikan hak lawatan bermalam sebanyak dua kali sebulan dan dalam tempoh itu, pelakon lelaki itu akan menjemput Fatima pada hari Jumaat dan menghantarnya pulang pada hari Ahad.

Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatima. Manakala, untuk lawatan harian tanpa bermalam, Fattah dibenarkan meluangkan masa bersama Fatima sebanyak tiga kali seminggu.

Fazura bersyukur kes selesai

image is not available

Selepas jer prosiding berlangsung, Fazura meluahkan rasa syukur kerana segalanya telah selesai. 

Alhamdulillah, saya tak ada apa-apa yang mahu diulas. Saya serahkan semua pada peguam saya.

#OhmediaNasihat

Apabila berhadapan dengan isu hak penjagaan anak, penting untuk ibu bapa mengutamakan kesejahteraan emosi anak. Keputusan yang mengutamakan keperluan dan hak anak, seperti yang ditunjukkan oleh Fattah dan Fazura.

Itu adalah contoh baik dalam menjaga kebajikan anak walaupun selepas perpisahan. Kepada mereka yang melalui situasi serupa, cubalah berunding dengan tenang demi kebaikan bersama.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan