"Hak Penjagaan Kami Akan Rekodkan Di Mahkamah Tinggi Syariah" - Peguam Fazura

8 Oct 2024 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Peguam mewakili aktres Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan bakal memfailkan kes baru berkaitan hak penjagaan anak antara pelakon itu dengan bekas suami, Fattah Amin di Mahkamah Tinggi Syariah.

Kes Bakal Difailkan Di Mahkamah Tinggi Syariah

Fakhrul ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, berkata, perkara itu perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

"Hak penjagaan kami akan rekodkan di Mahkamah Tinggi Syariah...

"Terma-terma persetujuan juga sudah direkodkan termasuklah nafkah edah, nafkah anak dan apa-apa yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

"Hak penjagaan kami akan rekodkan di Mahkamah Tinggi Syariah sebab bukan bidang kuasa mahkamah di Mahkamah Rendah.

"Kami kena failkan kes baru di Mahkamah Tinggi untuk merekodkan persetujuan yang tercapai dalam perjanjian. Tarikh belum ditetapkan sebab selepas ini baru boleh difailkan," katanya.

Dalam pada itu, Fattah menyatakan biarpun Fazura mendapat hak jagaan ke atas Fatima, dirinya masih diberikan peluang untuk bertemu dan bermalam dengan anaknya.

"Betul hak jagaan anak diberi kepada Fazura, tapi kami ada perjanjian yang perlu dipersetujui bersama.

"Antaranya saya dapat hak lawatan untuk berjumpa Fatima dan bermalam dengannya, Alhamdulillah," ujarnya.