Hakim Danish cipta sensasi, raih podium pertama Moto3 di GP Itali

31 May 2026 • 6:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Hakim Danish cipta sensasi, raih podium pertama Moto3 di GP Itali

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Pelumba meningkat naik Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli mencipta sensasi apabila menduduki tempat ketiga pada perlumbaan Grand Prix Itali di Litar Mugello sebentar tadi.

Pelumba berusia 18 tahun yang memulakan aksi di petak utama konsisten kelompok hadapan pada lima lap pertama.

Beliau bagaimanapun ketinggalan di kelompok tengah pada laluan lurus terpanjang di GP Itali itu.

Hakim Danish bagaimanapun berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga selepas berhasil memintas semula pelumba lain sebelum tiba di selekoh terakhir, sekali gus menaiki podium pada perlumbaan berprestij itu.

Kejayaan itu merupakan podium pertama buat Hakim Danish selepas tujuh perlumbaan musim ini.

Image from: Hakim Danish cipta sensasi, raih podium pertama Moto3 di GP Itali
Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli menduduki tempat ketiga pada perlumbaan Grand Prix Itali di Litar Mugello pada 31 Mei 2026. Foto Facebook MotoDotMy