‘Hakim Paling Baik’ Hidap Kanser Di Usia 87 Tahun, Mohon Netizen Doakan Kesihatannya

WorldEntertainment
14 Dec 2023 • 12:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam dunia ni, orang baik yang bersikap adil dan prihatin memang disukai ramai orang. Tak kisahlah sama ada rakyat biasa, pemimpin atau orang berjawatan penting, dorang pasti dipandang tinggi dan dihormati dalam masyarakat sama seperti seorang Hakim terkenal dari Amerika Syarikat, Frank Caprio.

image is not available

Beliau ni memang dikenali satu dunia kerana sifat empati dan sentiasa berhati-hati dalam menjatuhkan hukuman kepada tertuduh di mahkamah sehingga orang ramai menggelarnya sebagai ‘Hakim Paling Baik’ di dunia.

@sinarharianonline

Siapa pernah tonton video tular seorang hakim di Amerika Syarikat (AS) yang mendapat julukan paling baik dan sentiasa berhati-hati ketika menjatuhkan hukuman kerana rasa empati. Semasa sambutan ulang tahun kelahirannya pada bulan lalu, Frank Caprio, 87, didiagnos menghidap barah pankreas dan berharap orang ramai mendoakannya. #SinarHarian #SinarTerkini #FrankCaprio #barah

♬ Sad Instrument – Musik Instrumen

Namun, berita sedihnya, Caprio yang berumur 87 tahun baru saja menghantar satu video di Instagram-nya yang mengatakan dia telah didiagnos menghidap barah pankreas semasa sambutan ulang tahun kelahirannya bulan lepas.

“Hari lahir pada tahun ini agak berbeza. Baru-baru ini, saya berasa tidak sihat dan melakukan pemeriksaan. Laporannya agak mendukacitakan dan saya disahkan menghidap barah yang berbahaya.”

Dalam pada itu, beliau kini sedang menerima rawatan bersama sekumpulan doktor di Rhode Island dan di Institut Kanser Dana-Farber yang merupakan sebahagian daripada Hospital Besar Massachusetts di Boston.

image is not available

Walaupun begitu, dia tetap kuat semangat untuk sembuh daripada kanser ini dalam usianya yang mencecah lapan dekad itu.

“Saya berdoa agar Tuhan memberkati usaha rawatan ini. Saya tahu ia adalah perjalanan yang sukar dan saya sudah bersedia untuk berjuang menghadapinya.”

Pada masa yang sama, beliau turut berharap agar orang ramai mendoakan kesihatan dan kesembuhan yang cepat buatnya.

“Saya juga berharap anda semua dapat mendoakan saya kerana saya percaya dengan kuasa doa. Ia adalah ‘senjata’ paling kuat untuk membantu saya mengharungi perjalanan ini.”

Untuk rekod, beliau telah berkhidmat di Mahkamah Perbandaran Providence sejak 1985 dan menjadi terkenal melalui program TV, Caught in Providence. Selain tu, dia juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Daytime Emmy pada 2021.

Bila menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengharapkan agar Caprio sihat seperti sedia kala.

image is not available

Moga dipermudahkan segala urusan…

Sumber: Sinar Harian, X

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.