Hakim sakit, keputusan rayuan pembebasan Syed Saddiq tangguh 13 Julai

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 9:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hakim sakit, keputusan rayuan pembebasan Syed Saddiq tangguh 13 Julai
Syed Saddiq tiba di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Selasa bagi keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Image from: Hakim sakit, keputusan rayuan pembebasan Syed Saddiq tangguh 13 Julai
Syed Saddiq membuat sidang akhbar di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Selasa selepas keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya ditangguhkan ke bulan hadapan. - FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Penantian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengetahui nasibnya di Mahkamah Persekutuan di sini tidak kesampaian apabila keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya yang dijadual pada Selasa terpaksa ditangguhkan ke 13 Julai depan.

Penangguhan itu berlaku selepas seorang daripada panel tiga hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali tidak dapat menghadiri prosiding kerana tidak sihat dan diberi sijil cuti sakit selama dua hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Doakan Syed Saddiq - Bella

Syed Saddiq tiba di mahkamah dengan senyuman untuk keputusan rayuan akhir

'Saya tak pernah minta jalan pintas' - Syed Saddiq pertahankan nama, prinsip dan maruah

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mengetuai panel berkata, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah hadir di mahkamah, namun Che Mohd Ruzima tidak bersama mereka.

“Kami dimaklumkan beliau tidak sihat dan bercuti rehat untuk hari ini dan esok, maka dalam keadaan ini kami tidak dapat memberikan keputusan kerana merasakan ia tidak wajar untuk disampaikan tanpa kehadiran seorang lagi ahli panel.

“Kami sebenarnya telah bersedia dengan keputusan, malangnya keadaan berkenaan berlaku hari ini (Selasa), susulan itu panel menetapkan keputusan disampaikan pada 13 Julai," katanya ketika prosiding pada Selasa.

**media[3566624]**

Abu Bakar berkata, panel hakim telah memuktamadkan keputusan rayuan berkenaan dan bersedia untuk membacakannya, namun pengumuman itu terpaksa ditangguhkan susulan keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Hakim Abu Bakar berkata, mahkamah telah dimaklumkan mengenai keadaan Che Ruzima, pada lewat petang Isnin.

 

"Kami boleh sahaja mengarahkan pihak pendaftar untuk memaklumkan penangguhan ini kepada semua pihak semalam, namun ketika itu hari sudah terlalu lewat.

“Saya berpendapat ia kurang wajar berbuat demikian, justeru saya bersidang hari ini bagi memaklumkan perkara tersebut kepada semua pihak,” katanya.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 30 Jun untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun tersebut kekal bebas atau kembali berdepan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pendakwaan dan Syed Saddiq.

Jika panel hakim membenarkan rayuan pendakwaan, bekas Ketua Armada Bersatu itu akan disabitkan semula atas empat pertuduhan dan dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.

Sekiranya panel mengambil langkah berbeza dengan menolak rayuan itu, Syed Saddiq bakal menikmati pembebasan yang diputuskan Mahkamah Rayuan tahun lalu.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved