
Pelakon remaja, Qistina Raisah baru-baru ini ada mengeluarkan statement berkata dirinya sangat idamkan untuk meraih anugerah kerana sudah lama dalam industri seni.
Bagaimanapun, dia menganggap mungkin belum tiba masanya lagi dan tidak kisah jika tidak memilikinya langsung, namun jika dapat dirinya amat bersyukur.
Bahkan, Qistina turut sempat menasihati artis-artis yang sudah menerima anugerah untuk tidak memandang hina ataupun belagak kepada mereka yang masih belum mendapat pengikhtirafan.

Susulan sebuah portal memuat naik statement itu di laman Instagram, pelakon senior iaitu Bell Ngasri yang baru saja memenangi Anugerah Bintang Popular 2023 baru-baru ini membalas di ruangan komen.
Komen tersebut meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen membidas kenyataan Qistina sebagai pelakon yang masih belum banyak pengalaman berbanding pelakon senior yang lain.


Bagaimanapun, jika dilihat semula pendapat Qistina, dia sama sekali tidak memetik nama mana-mana pihak dan barangkali, Bell Ngasri turut bergurau apabila meninggalkan komen itu.
"Anugerah Itu Ibarat Saja, Macam Tiada Apa-Apa" - Qistina Raisah Idam Trofi, Minta Jangan Hina Pelakon Yang Tak Menang Lagi
The post “Halaa Pasal Saya Ke” – ‘Statement’ Qistina Raisah Minta Artis Ada Anugerah Jangan Berlagak Dibidas, Bell Ngasri Pun Komen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

