Halang Laluan Pejalan Kaki Untuk Orang Buta, Pasu Bunga Di Waterfront Kuching Raih Perhatian Netizen

11 Oct 2023 • 4:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Individu ini luah kesal terhadap pihak berkuasa tempatan di Kuching

Halang Laluan Pejalan Kaki Untuk Orang Buta, Pasu Bunga Di Waterfront Kuching Raih Perhatian Netizen. Sebuah ciapan Twitter yang dibuat oleh seorang pengguna telah mencuri perhatian warganet berhubung isu pasu bunga yang menghalang laluan pejalan kaki yang ditujukan untuk orang buta di Waterfront Kuching.

Seringkali kita lihat laluan pejalan kaki mempunyai satu tiles berwarna kuning yang ada garisan tebal menimbul di sepanjang laluan itu, ramai yang tak ambil pusing mengenai hal ini, ada yang letak motosikal, ada yang buat tapak perniagaan dan ada juga yang letak pasu bunga di atas dan berhampiran kawasan tersebut.

image is not available
Halang Laluan Pejalan Kaki Untuk Orang Buta, Pasu Bunga Di Waterfront Kuching Raih Perhatian Netizen

Dia tidak bersetuju bahawa pasu bunga tersebut diletakkan di atas ‘tactile paving’.

Pengguna Twitter ini berkongsi kekesalannya dengan mengutarakan bahawa dirinya tidak faham dengan ketaksuban pihak berkuasa tempatan di Kuching dengan pasu bunga.

Beliau melanjutkan dengan mengkritik, “Malu saja kita dengan motto Kuching ‘Inklusiviti komuniti ke arah bandar lestari’, tapi perkara sebegini ringkas pun tidak boleh dilakukan dengan betul.”

image is not available

image is not available

Laluan ini memudahkan golongan yang OKU penglihatan

Walaupun ramai yang dah tahu, tapi bagi mereka yang masih belum alert, ini adalah laluan untuk orang buta. Ia akan menjadi panduan kepada golongan ini semasa berjalan menggunakan tongkat putih itu.

Tidak dinafikan dengan adanya tongkat putih itu, mereka boleh berjalan, tetapi dengan adanya laluan kuning/hitam yang dinamakan Guidance Block ini membuatkan mereka jadi yakin untuk berjalan.

image is not available

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah: