Half Life 2 Ditawarkan Percuma Di Steam Sempena Ulang Tahun Ke-20

TechnologyGamingDigital
16 Nov 2024 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Permainan video ikonik Half Life 2 kini boleh dimuat turun percuma menerusi Steam sempena ulang tahunnya yang ke-20. Ia ditawarkan sekali bersama DLC Episode 1 dan Episode 2 serta kemas kini membuang pepijat, sokongan Steam Deck dan audio komentar oleh pembangun.

image is not available

Tawaran ni walau bagaimanapun adalah secara terhad dengan pengguna di Malaysia perlu memasukkan Half Life 2 ke dalam senarai permainan sebelum jam 2 pagi pada 19 November.

Half Life 2 ialah kesinambungan kepada Half Life yang menjadi antara permainan FPS yang penting dalam sejarah permainan video. Walaupun sudah 20 tahun dilancarkan, permainan Half Life 3 masih belum dilancarkan dengan jalan cerita masih tergantung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved