Halide Kini Boleh Mengambil Gambar Tanpa Sebarang Pemprosesan Dilakukan

TechnologyDigital
15 Aug 2024 • 11:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pernah atau tidak anda terbayang, bagaimana kalau kamera pada telefon pintar tidak menggunakan sebarang AI atau melalui sebarang pemprosesan pengimejan seperti algoritma warna dan sebagainya? Saya pernah terbayang akan perkara ini, ia akan menjadi konsep awal kamera diperkenalkan iaitu hanya menangkap cahaya. Terbaru, anda boleh mencubanya dengan aplikasi kamera Halide.

image is not available

Halide adalah antara aplikasi kamera di iOS yang cukup popular. Ia menawarkan banyak kawalan manual dan lebih sesuai pengguna profesional atau pengguna biasa yang ingin mencuba kawalan pro. Ciri baharu yang diperkenalkan adalah Process Zero. Ciri ini akan mengambil gambar 12 Megapixel secara terus tanpa melalui sebarang pemprosesan menggunakan apa-apa algoritma dalam iOS. Fail imej disimpan dalam format RAW DNG memberi pengguna kebebasan suntingan. Proses tangkapan gambar cuba adalah lebih pantas dan hasilnya amat baik dengan langit yang nampak semula jadi serta butiran yang tajam.

image is not availableimage is not available
Kanan Process Zero, Kiri pemprosesan iOS

Bukan itu sahaja, Halide turut membenarkan pengguna mengubah imej RAW lain yang telah diproses dalam iPhone untuk menjadi lebih “mentah” seakan gambar diambil dengan mod Process Zero melalui Image Lab. Ciri ini diperkenalkan kerana format RAW dalam iOS menggunakan sistem Apple sendiri iaitu ProRAW yang telah melalui pemprosesan imej khas. Halide boleh dimuat turun secara percuma tetapi untuk menggunakannya langganan bulanan RM52.99 diperlukan atau RM299 bayar sekali untuk seumur hidup.