Google Tensor nampaknya bukan sahaja terhad kepada telefon pintar atau pelayan AI, tetapi juga untuk audio. Baru-baru ini telah tertiris yang Google turut mempunyai cip Tensor khas khusus untuk pemprosesan audio dan ia dikatakan akan digunakan pada Pixel Buds Pro 2.

Pixel Buds Pro 2 adalah TWS mercu yang ramai nantikan selepas dua tahun model sebelumnya diperkenalkan. TWS ini akan menggunakan bentuk lebih kurang sama pada pod pengecas, warna baharu dan fon telinga yang direka semula untuk cengkaman tambahan seakan Pixel Buds-A. Menariknya, Pixel Buds Pro 2 dijana dengan cip Tensor A1 yang tidak pernah didengar lagi sebelum ini. Ia dikatakan boleh membawakan kemampuan pembatalan hingar dua kali lebih hebat berbanding Pixel Buds Pro.

Google turut dikatakan menyertakan sokongan tambatan yang lebih pantas, di mana mungkin adalah Fast Pair yang sedikit lebih baik untuk Pixel. Bateri pula 30 jam, TWS berkemungkinan besar tidak akan menyokong LDAC dan LHDC untuk audio nirhilang serta dikhabarkan harga jualan adalah semakin mahal. Adakah anda berminat dengan Pixel Buds Pro 2 atau menyedari yang banyak lagi TWS menarik di pasaran Malaysia?

