Halim Othman, Ibu Myra Natasya Tukar Maklumat Surat Beranak Ikut Prosedur JPN

15 May 2024 • 11:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
halim othman

Baru-baru ini kecoh diperkatakan di media sosial mengenai status kelahiran selebriti Myra Natasya yang dikatakan tak sah taraf.

Myra Natasya membuat pendedahan itu kerana tidak berpuas hati bapanya, Halim Othman menukar maklumat di surat beranak tanpa pengetahuannya.

image is not available

Terbaru, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Siti Mariani Ayob mengesahkan permohonan pembetulan maklumat di sijil kelahiran pelakon itu adalah mengikut prosedur.

Untuk makluman, bagi permohonan pembetulan maklumat sijil kelahiran beliau, prosedur permohonan telah dipatuhi.

Jelasnya, Halim Othman selaku Orang Yang Mengaku Bapa (OYMB) dan ibu kandung Myra Natasha, Yusnita Omar telah membuat permohonan bersama pada tahun 2022.

Terdahulu, Halim Othman meluahkan rasa bimbang dengan keadaan anaknya yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.

Difahamkan, Myra tinggal bersendirian dan mereka sudah lebih setahun tidak berhubung.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved