“Permohonan ikut prosedur” – Isu Tukar Maklumat Sijil Lahir Myra Natasya, Ini Respon JPN

Entertainment
15 May 2024 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pendedahan pelakon dan pengacara Myra Natasya yang juga anak kepada penyampai radio Halim Othman mengejutkan ramai apabila selebriti ini dikatakan tak sah taraf.

Myra Natasya membuat pendedahan itu kerana tidak berpuas hati bapanya, Halim Othman telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.

Katanya, ruangan tersebut dikosongkan kerana bapanya tidak pernah bernikah dengan ibunya seperti yang dihebohkan sebelum ini.

image is not available

Terbaharu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Siti Mariani Ayob mengesahkan permohonan pembetulan maklumat di sijil kelahiran pelakon itu adalah mengikut prosedur.

“Untuk makluman, bagi permohonan pembetulan maklumat sijil kelahiran beliau, prosedur permohonan telah dipatuhi,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, Halim Othman selaku Orang Yang Mengaku Bapa (OYMB) dan ibu kandung Myra Natasha, Yusnita Omar telah membuat permohonan bersama pada tahun 2022.

Terdahulu, Halim tampil menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan Myra Natasya selepas anaknya menghebohkan perkara itu kepada umum.

Menurut Halim, Myra tinggal bersendirian dan mereka sudah lebih setahun tidak berhubung. Dalam pada itu, Halim juga meminta isu yang sedang kecoh tidak perlu dipanjangkan lagi kerana ia melibatkan banyak pihak.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.