Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi - "Terima Kasih Suami..."

9 Jul 2024 • 2:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Haliza menerima sebuah kereta mewah jenis BMW SUV XM Label Red bernilai RM1.6 juta.

Selain itu, Haliza juga menerima sekalung tasbih emas 916 yang ditempah khas berharga RM30,000.

"Tak.. Saya tak tahu. Terima kasih banyak suami," katanya ketika diraikan di sebuah hotel mewah di ibukota Kuala Lumpur.