Hamas Nafi Ketua Sayap Tentera Mohammed Deif Terkorban

3 Nov 2024 • 1:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

TEHRAN, 3 Nov (Bernama-IRNA) — Kumpulan Palestin, Hamas menafikan laporan akhbar Asharq al-Awsat yang berpangkalan di London, yang mendakwa ketua sayap tentera kumpulan itu Mohammed Deif telah terbunuh, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Hamas dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa laporan terbabit tidak benar dan menggesa semua media untuk melaporkan dengan tepat dan profesional.

Reaksi itu timbul selepas Asharq al-Awsat, yang memetik sumber Hamas, mendakwa bahawa pergerakan itu mengesahkan Deif terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada pertengahan Julai.

Deif merupakan pemimpin sayap ketenteraan Hamas, Briged Izz al-Din al-Qassam.

Rejim Israel pada 1 Ogos mendakwa bahawa Deif terbunuh dalam serangan udara di bandar Khan Yunis, selatan Gaza, dua minggu sebelumnya.

Serangan itu merupakan percubaan kelapan oleh Israel untuk membunuh Deif.

Sumber: BERNAMA