Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar disahkan terbunuh dalam serangan Israel Khamis lalu.
Dalam satu kenyataan, Hamas mengesahkan berita kematian tersebut.
“Yahya Sinwar telah menjadi pejuang yang syahid dalam keadaan bertempur berhadapan dengan tentera Israel sehingga ke nafas yang terakhir,” katanya.
Tular di media sosial video rakaman dipercayai dari sebuah dron milik puak zionis merakamkan Yahya Sinwar terduduk di bangku sebuah sofa dan di tangannya memegang sebatang kayu
With his last energy he threw a stick pic.twitter.com/kkGcEuVjt7
Yahya dilihat tanpa rasa takut memandang tepat ke arah drone dan membaling kayu berkenaan ke arah dron walaupun tangan kanannya sudah terkulai.
TERKINI DAN RASMI
YAHYA SINWAR DISAHKAN GUGUR
INI DIMAKLUMKAN OLEH TIMBALAN KETUA BIRO POLITIK HAMAS, DR KHALIL AL HAYYA SEBENTAR TADI pic.twitter.com/GgHn2fLSVG
Pemergian Yahya sangat terkesan bukan sahaja kepada kumpulan pejuang berkenaan malahan rakyat Gaza dan masyarakat dunia turut berdukacita.
KEMASKINI
Rakyat Gaza menunaikan Solat Jenazah Ghaib ke atas Yahya Sinwar , Pengerusi Hamas di salah sebuah Masjid di Khan Younis, Gaza pic.twitter.com/SWVVfnWfBI
Yahya dilantik sebagai ketua utama kumpulan berkenaan selepas menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran pada 31 Julai lalu.
Allahyarham menjadi sasaran Israel yang memburunya sejak permulaan perang dan Allahyarham merupakan ketua arkitek serangan Palestin tahun lalu ke atas Israel.
Sumber: Irfan, Astro Awani
The post Perjuangan sehingga nafas terakhir, Yahya Sinwar sah dibunuh Israel appeared first on The Reporter.




