“Hamba lemah ini layak dihina tapi saya tak akan lari..” – Hafiz Mahamad

30 Jul 2024 • 5:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Hafiz Mahamad bekerjasama dengan pihak lebih arif untuk menyelesaikan masalah berkaitan video lamanya berasak mencium Hajar Aswad yang kembali tular, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hafiz di Inst-Storynya, dia meminta ruang dan lebih masa kepada orang ramai sebelum mendedahkan hasil perbincangan bersama pakar.

Hafiz Mahamad

image is not available

“Terima kasih sahabat yang DM baik-baik, bagi saya semangat dan lain-lain. Saya dah siapkan input dan akan semak dengan pakar.

“Hasil usaha ini juga saya akan check pada yang pakar sebelum saya bentangkan.

“Ini bukan untuk clear nama saya tapi lebih kepada perbetulkan statement atau persepsi Tweet semalam atas video yang dilihat.

“Hamba Allah yang lemah ini layak dihina dan dikutuk. Tapi dengan izin Allah, saya takkan lari dari usaha menjadi hamba yang baik dan ‘bertanggungjawab’ supaya terus dipandang di sisi Tuhan.

“Apa-apa kelemahan adalah saya, bukan keluarga atau pasukan saya. Harap ia berjaya dengan izin Allah. Doakan saya,” tulisnya.

Hafiz Mahamad

image is not available

Dalam pada itu, Hafiz bersyukur kerana masih mendapat sokongan serta kata-kata semangat daripada individu terdekat supaya terus kuat dalam mengharungi dugaan.

“Bila ada pasukan yang lemah, saya diajar untuk membentuk mereka. Tak pernah saya rasa penat kerana rasa ‘bahagia’ melihat manusia bertepuk tangan ketika mereka mampu buat.

“Tapi bila saya yang diuji, Alhamdulillah mereka pula datang dengan kata-kata yang hebat. Terima kash semua sahabat dan pasukan,” tambahnya.

image is not available

Terdahulu, nama Hafiz menjadi bualan hangat ramai apabila berasak-asak dengan jemaah lain untuk memberi ruang kepada stafnya untuk mencium hajar aswad sehingga ihramnya terbuka menampakkan tubuh badan.

Tindakan itu telah menyebabkan seorang pengguna X di luar negara tidak berpuas hati malah mendakwa wanita Islam tidak selamat ketika berada di Tanah Suci Mekah.

image is not available

Sumber: Instagram @Hafiz Mahamad