Video Hafiz Mahamad Dituduh Jadi Punca Agama Difitnah, Hafiz Bersedia Ambil Tanggungjawab

29 Jul 2024 • 11:25 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Beberapa hari yang lalu tular video Hafiz Mahamad di luar negara yang memaparkan kekecohan mahu mencium hajar aswad sehingga didakwa mengundang penghinaan kepada agama Islam.

Video tersebut dimuat oleh seorang pengguna X dipercayai didakwa di India dengan kapsyen menuduh wanita Islam tidak selamat ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Ramai yang berkongsi ciapan tersebut pada Hafiz Mahamad. Ini respon dari beliau

image is not available

“Hari ini ramai sahabat yang ‘update’ tentang ini. Terima kasih sahabat kerana ‘inform’ (beritahu) saya.

“Ada yang nasihat untuk saya diam. Tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas ‘statement’ (kenyataan) atau ‘perception’ (persepsi) daripada Tweet ini,” itu respons usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad.

“Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan daripada pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang. Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini.

“Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik,” katanya hari ini.